[Pengumuman].

Kepada pengguna yang dihormati, mulai 01 September 2023, semua permohonan Cadangan Pelan Pemajuan haruslah dibuat melalui platform OSC 3.0 Plus Online https://osc3plus.kpkt.gov.my/. Hanya permohonan Pelan Kebenaran Merancang Pra-Rundingan Warisan (PRA-PM), Pelan Permit, Permit Membaiki Bangunan dan Permit Lukisan Dinding sahaja boleh dibuat melalui platform ILCS.

Mesyuarat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah bersetuju untuk mengadakan caj bayaran yuran pentadbiran untuk semua permohonan pengesahan status bangunan warisan, permit pembaikan, pelan permit bangunan, permit kanopi/ hoarding, pengesahan penginapan asrama pekerja dan lain-lain dokumen iaitu sebanyak RM 50.00 yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Kawalan Bangunan atau Jabatan Konservasi Warisan sebelum diproses berkuatkuasa mulai 1 April 2024.

Mesyuarat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah bersetuju untuk mengadakan kadar baharu bagi bayaran yuran pentadbiran untuk semua permohonan pemajuan yang terlibat dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Technical Review Panel (MJTRP) untuk pertimbangan dan perakuan Jawatankuasa, iaitu daripada RM 200.00 kepada RM 400.00 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2025.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian seperti berikut:
04-2592040 | osc@mbpp.gov.my