[Pengumuman]. Kepada pengguna yang dihormati, mulai 01 September 2023, semua permohonan Cadangan Pelan Pemajuan haruslah dibuat melalui platform OSC 3.0 Plus Online https://osc3plus.kpkt.gov.my/. Hanya permohonan pelan Pra-Rundingan Warisan, Pelan Permit dan Permit Membaik Pulih sahaja boleh dibuat melalui platform ILCS.
Bermula 1 Januari 2024, Permohonan Pelan Bangunan Pra-Rundingan Warisan (PRA-PB) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pengemukaan Pelan Bangunan melalui Sistem OSC 3.0 Plus. Caj bayaran pemprosessan pelan sebanyak RM200.00 akan dikenakan bagi permohonan Pelan Pangunan melibatkan kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.
Mesyuarat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah bersetuju untuk mengadakan caj bayaran yuran pentadbiran untuk semua permohonan pengesahan status bangunan warisan, permit pembaikan, pelan permit bangunan, permit kanopi/ hoarding, pengesahan penginapan asrama pekerja dan lain-lain dokumen iaitu sebanyak RM 50.00 yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Kawalan Bangunan atau Jabatan Konservasi Warisan sebelum diproses berkuatkuasa mulai 1 April 2024.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian seperti berikut:
04-2592040 | osc@mbpp.gov.my